Sebagai seorang wanita, mestilah kita tak lepas daripada rasa dan keinginan
untuk kekal cantik, jelita dan sihat sepanjang masa. Kalau badan sihat dan
cergas, barulah semangat waja nak buat kerja-kerja rumah. Tak dinafikan lagi,
seseorang wanita sangat perlu menjaga kesihatannya agar mampu memberikan yang
terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarganya. Bak kata orang, ibu yang
bahagia adalah kunci utama kebahagiaan sesebuah keluarga. Haa gituh!
Tetapi, dengan masa yang terhad untuk tugasan hakiki dan rutin harian, pastinya
seorang wanita itu amat memerlukan seorang pembantu yang boleh membantu memberi
tenaga dan memulihkan jiwa yang lelah. Dan apa yang paling terbaik untuk para
wanita begini? Pastilah makanan power peria katak yang nampak biasa tetapi
banyak khasiatnya.
Haa nak tau apa khasiat dan manfaat peria katak untuk seorang wanita? Jom
teruskan bacaan anda!
-
Mencantikkan Kulit dan Mengelakkan Jerawat
Nak kulit cantik dan bebas jerawat? Amalkan saja makan peria katak! Memang
berkesan kerana peria katak terbukti dapat membantu menghalang jerawat tumbuh
pada kulit muka kerana mengandungi ciri-ciri penulenan darah semulajadi. Menarik
kan? So, makanlah peria katak kalau nak kulit tanpa cela. Flawless macam pelakon
kegemaran K-Drama andalah nanti. Fuiyoh!
-
Menambah Tenaga Wanita Berpantang
Waktu berpantang memang tak mudah. Selepas pengalaman melahirkan seorang bayi,
pastinya tubuh dan jiwa seorang ibu ketika itu cenderung menjadi lebih lemah
berbanding hari-hari biasanya. Tetapi dengan pemakanan peria katak sepanjang
berpantang akan dapat memberikan lebih tenaga kepada para ibu baru untuk
memulihkan semula dirinya secara fizikal mahupun batin. Apabila ibu bertenaga
sepanjang berpantang, pastilah pengalaman ibu dan bayi akan menjadi lebih
harmonis dan ceria.
-
Mengecutkan Rahim
Selain menambah tenaga bagi ibu berpantang, peria katak juga dapat membantu
mengecutkan rahim bagi ibu yang baru melahirkan bayi atau pun keguguran. Namun
begitu, suka untuk kami tegaskan bahawa amalan pemakanan peria katak sangat
tidak digalakkan untuk golongan ibu mengandung kerana ia dapat mengecutkan
uterus seterus mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang. Oleh itu, jangan makan
peria katak sewaktu mengandung!
-
Menambah Pengeluaran Susu Badan
Anda ibu yang sedang di dalam perjalanan menyusukan bayi? Haa, lagilah wajib
amalkan pemakanan peria katak yang pahit tetapi banyak khasiatnya! Kalau nak
tahu, peria katak dapat membantu menambah kuantiti susu badan tau. Hanya perlu
rebus peria katak dan jadikan sebagai ulaman atau lauk sayuran semasa menjamu
selera.
-
Melancarkan Kitaran Haid
Selalu ada masalah semasa datangnya haid? Darah keluar sedikit-sedikit dan tak
lancar seperti biasa? Okay, cuba amalkan peria katak sepanjang tempoh haid
tersebut. Pasti dengan amalan pemakanan peria katak yang konsisten, akan
membantu merawat kitaran haid yang tidak teratur.
Bagaimana? Tertarik tak dengan khasiat-khasiat peria katak untuk wanita yang
baru anda baca tadi? Kalau anda dah tak sabar untuk mulakan amalan pemakanan
peria katak, jom dapatkan kasul peria katak yang sangat mudah dimakan serta
diamalkan. Tak perlulah anda bersusah-susah nak rebus atau jadikan jus peria
katak. Buang masa! Telan aje kapsul peria katak kami pun dah dapat khasiatnya.
Kalau anda berminat nak dapatkan kapsul peria katak istimewa, ayuh hubungi kami
sekarang untuk membeli! Tak perlu fikir 2, 3 kali kerana khasiat peria katak
sangat berbaloi untuk amalan setiap wanita. Lagi cepat anda beli, lagi cepatlah
masalah anda selesai!
Hubungi kami sekarang!
Baca artikel seterusnya... Peria Katak Bagus Untuk Rawat Diabetes... Klik sini segera..
Baca artikel seterusnya... Peria Katak Bagus Untuk Rawat Diabetes... Klik sini segera..
No comments:
Post a Comment