Pages

5 Khasiat Peria Katak Untuk Wanita

5 Khasiat Peria Katak Untuk Wanita
Sebagai seorang wanita, mestilah kita tak lepas daripada rasa dan keinginan untuk kekal cantik, jelita dan sihat sepanjang masa. Kalau badan sihat dan cergas, barulah semangat waja nak buat kerja-kerja rumah. Tak dinafikan lagi, seseorang wanita sangat perlu menjaga kesihatannya agar mampu memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga keluarganya. Bak kata orang, ibu yang bahagia adalah kunci utama kebahagiaan sesebuah keluarga. Haa gituh!
Tetapi, dengan masa yang terhad untuk tugasan hakiki dan rutin harian, pastinya seorang wanita itu amat memerlukan seorang pembantu yang boleh membantu memberi tenaga dan memulihkan jiwa yang lelah. Dan apa yang paling terbaik untuk para wanita begini? Pastilah makanan power peria katak yang nampak biasa tetapi banyak khasiatnya.
Haa nak tau apa khasiat dan manfaat peria katak untuk seorang wanita? Jom teruskan bacaan anda!
  1. Mencantikkan Kulit dan Mengelakkan Jerawat
Nak kulit cantik dan bebas jerawat? Amalkan saja makan peria katak! Memang berkesan kerana peria katak terbukti dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri-ciri penulenan darah semulajadi. Menarik kan? So, makanlah peria katak kalau nak kulit tanpa cela. Flawless macam pelakon kegemaran K-Drama andalah nanti. Fuiyoh!
  • Menambah Tenaga Wanita Berpantang
Waktu berpantang memang tak mudah. Selepas pengalaman melahirkan seorang bayi, pastinya tubuh dan jiwa seorang ibu ketika itu cenderung menjadi lebih lemah berbanding hari-hari biasanya. Tetapi dengan pemakanan peria katak sepanjang berpantang akan dapat memberikan lebih tenaga kepada para ibu baru untuk memulihkan semula dirinya secara fizikal mahupun batin. Apabila ibu bertenaga sepanjang berpantang, pastilah pengalaman ibu dan bayi akan menjadi lebih harmonis dan ceria.
  • Mengecutkan Rahim
Selain menambah tenaga bagi ibu berpantang, peria katak juga dapat membantu mengecutkan rahim bagi ibu yang baru melahirkan bayi atau pun keguguran. Namun begitu, suka untuk kami tegaskan bahawa amalan pemakanan peria katak sangat tidak digalakkan untuk golongan ibu mengandung kerana ia dapat mengecutkan uterus seterus mengakibatkan kelahiran bayi pra-matang. Oleh itu, jangan makan peria katak sewaktu mengandung!
  • Menambah Pengeluaran Susu Badan
Anda ibu yang sedang di dalam perjalanan menyusukan bayi? Haa, lagilah wajib amalkan pemakanan peria katak yang pahit tetapi banyak khasiatnya! Kalau nak tahu, peria katak dapat membantu menambah kuantiti susu badan tau. Hanya perlu rebus peria katak dan jadikan sebagai ulaman atau lauk sayuran semasa menjamu selera.
  • Melancarkan Kitaran Haid
Selalu ada masalah semasa datangnya haid? Darah keluar sedikit-sedikit dan tak lancar seperti biasa? Okay, cuba amalkan peria katak sepanjang tempoh haid tersebut. Pasti dengan amalan pemakanan peria katak yang konsisten, akan membantu merawat kitaran haid yang tidak teratur.
Bagaimana? Tertarik tak dengan khasiat-khasiat peria katak untuk wanita yang baru anda baca tadi? Kalau anda dah tak sabar untuk mulakan amalan pemakanan peria katak, jom dapatkan kasul peria katak yang sangat mudah dimakan serta diamalkan. Tak perlulah anda bersusah-susah nak rebus atau jadikan jus peria katak. Buang masa! Telan aje kapsul peria katak kami pun dah dapat khasiatnya.
Kalau anda berminat nak dapatkan kapsul peria katak istimewa, ayuh hubungi kami sekarang untuk membeli! Tak perlu fikir 2, 3 kali kerana khasiat peria katak sangat berbaloi untuk amalan setiap wanita. Lagi cepat anda beli, lagi cepatlah masalah anda selesai!

No comments:

Post a Comment

Statistik Blog




Lokasi Kami

Kami berada di
Kompleks usahawan Terengganu
Kubang Jela, 21200 Kuala Terengganu

Facebook Kami