Kencing Manis boleh dirawat dengan Peria Katak. Insha-Allah. Ambil Tahu Hal Ini...
Kencing manis jangan dibiarkan! Ikhtiar Rawat. Jom...
Masyarakat Melayu dan herba tradisional sememangnya tidak dapat dipisahkan lagi.
Bertindak sebagai suatu rawatan atau pemakanan alternatif, ramai dalam kalangan
masyarakat Melayu mengamalkan herba tradisional untuk tujuan kesihatan.
Ada yang dijadikan sebagai ulam-ulaman yang dinikmati bersama makanan utama,
ataupun ada yang telah ditukar menjadi produk seperti minumas jus atau pil
supplemen bagi memudahkan cara pemakanannya. Ini kerana, tak semua orang mampu
untuk menikmati herba tradisional yang pahit dan kelat sebagai ulaman.
Kita mungkin dah biasa mendengar pelbagai khasiat pemakanan herba seperti Kacip
Fatimah, Tongkat Ali, tetapi pernahkah anda mendengar nama herba atau sayuran
peria katak? Peria katak atau nama saintifiknya Momordica Charantia, ia
merupakan sejenis tanaman yang pahit rasanya tetapi menyimpan seribu satu
khasiat untuk kesihatan manusia.
Bahkan, bukan sahaja masyarakat Melayu Malaysia sahaja yang dah sinonim dengan
penggunaan herba peria katak, tetapi turut menjadi amalan masyarakat Cina, India
dan Afrika sejak sekian lama lagi. Dipercayai, peria katak mampu merawat
pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, demam malaria, demam selesema,
kecacingan, batu karang, buasir serta masalah hati.
Selain itu, peria katak juga digunakan sebagai salah satu kaedah untuk merawat
penyakit kencing manis kerana khasiatnya yang kaya dengan bahan-bahan pencegahan
penyakit tersebut.
Menurut kajian, peria katak amat berkesan dalam menurunkan kadar gula dalam
darah dan membantu penggunaan gula sepenuhnya di dalam tubuh. Dr Abdul Ghani
Hussain, iaitu Perunding Kanan Kajian Perubatan Tradisional Melayu dan Islam,
berkata komponen yang terkandung di dalam peria katak mampu membantu gula masuk
ke dalam hati dan otot, seterusnya merangsangan pembuatan glikogen untuk tenaga.
Tambahnya lagi, gula berlebihan yang membebankan tubuh serta gabungan pemakanan
tidak sihat serta kurangnya aktiviti fizikal adalah punca utama diabetes kerana
ia telah membebankan tubuh badan dengan gula yang tidak digunakan.
Selain itu, penyelidik juga mendapati peria katak boleh memberi kesan
hipoglisemik dan bertindak menurunkan paras gula dalam darah. Oleh itu, cara
mudah untuk membantu merawat diabetes adalah dengan mengambil jus peria katak
yang ditambah epal hijau atau pun oren bagi mengurangkan rasa pahit.
Atau paling mudah sekali, boleh sahaja amalkan pil supplemen peria katak
dengan segelas air masak.
- Serapan khasiat peria katak ke dalam hati dan otot dapat membantu merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.
- Melewatkan pengosongan uncang perut menjadikan kita kurang berasa lapar, seterusnya mengurangkan kadar pengambilan makanan yang berlebihan.
- Peningkatan sel beta dalam pankreas, organ penting yang menukarkan makanan yang dimakan kepada tenaga untuk tubuh.
- Peria katak juga berfungsi melambatkan kadar serapan glukosa, menjadikan tenaga daripada makanan dapat digunakan sepenuhnya.
- Peria katak mengandungi phytoinsulin yang mampu menurunkan kadar gula dalam tubuh seterusnya mampu menangani masalah berat badan berlebihan.
- Mengandungi kadar vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.
- Kaya dengan khasiat zat besi, fosforus, kalsium, folat, zink dan magnesium yang semuanya mempunyai peranan penting dalam memastikan fungsi tubuh berjalan lancar dan sempurna.
- Peria katak juga mengandungi sejenis multi vitamin semulajadi yang sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif yang bertindak sebagai anti diabetes.
Akan tetapi, peria katak yang mentah perlu dipilih berhati-hati serta hendaklah
disediakan melalui persediaan yang betul sebelum dimasak bagi mengelak kandungan
racun di dalamnya mengakibatkan kesan toksik seperti cirit-birit, kandungan gula
tubuh terlalu rendah dan muntah.
Sekiranya berlarutan dan tidak dirawat segera,
kesan toksik peria katak boleh membawa maut. Sungguhpun peria katak muda selalu
menjadi pilihan yang paling terbaik untuk kawalan kencing manis atau diabetes,
namun ia perlulah direbus atau direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk
mengeluarkan racunnya.
Namun begitu, bukanlah semua peria katak boleh dimakan.
Peria katak yang telah masak dan matang akan berwarna kekuningan dan mengandungi
toksik yang tinggi, oleh itu, jangan sesekali memakannya kerana khasiatnya sudah
berkurangan selain menjejaskan kesihatan.
Sungguhpun peria katak muda selalu menjadi pilihan yang paling terbaik untuk
kawalan kencing manis atau diabetes, namun ia perlulah direbus atau direndam
dengan air garam terlebih dahulu untuk mengeluarkan racunnya. Namun begitu,
bukanlah semua peria katak boleh dimakan. Peria katak yang telah masak dan
matang akan berwarna kekuningan dan mengandungi toksik yang tinggi, oleh itu,
jangan sesekali memakannya kerana khasiatnya sudah berkurangan selain
menjejaskan kesihatan.
Akhir sekali, khasiat peria katak dalam menangani penyakit kencing memang tidak
dapat disanggah lagi.
Bahkan, saintis di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat,
United Kingdom dan juga Sweden berjaya membuktikan ekstrak peria katak berkesan
untuk memulihkan diabetes secara semulajadi.
Masih ragu? Jom cuba pil peria
katak kami dan saksikan sendiri perubahan baik dalam diri anda.