Sayur- Sayuran merupakan salah satu makanan sihat dan makanan yang
kaya dengan pelbagai kebaikkan sama da buat diri kita mahupun untuk kesihatan
kita.
Justeru itu, semenjak dari kecil lagi kita telah di didik untuk membanyakkan makan sayur-saturan dan juga buah-buahan. Ini kerana, sayur-sayuran merupakan salah satu makanan yang berada di dalam piramid permakanan dan antara makanan yang perlu kita ambil dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak.
Terutama sekali
buat mereka yang mengamalkan gaya hidup yang sihat atau yang sedang berdiet.
Sudah tentulah, sayur-sayuran ini antara makanan
Sayur-Sayuran Semula Jadi Mempunyai Banyak Kebaikkan Buat Diri Kita
Justeru itu, kita tidak boleh memandang rendah mengenai kahsiat dan kebaikkan jika kita mengambil sayur-sayuran di dalam makanan kita.
Justeru itu, kita perlu mengajar anak kita untuk
mengambil sayur-sayuran sejak mereka masih kecil lagi dan perlu memberikan
makanan yang berasaskan sayuran sejak mereka masih kecil.
Ini kerana, jika kita tidak
mengajar mengajar mereka makan sayur sejak dari kecil, mereka mungkin akan terbiasa
untuk tidak makan sayur-sayuran yang mana akan mengganggu proses tumbesaran
mereka. Antara kebaikkan mengambil sayur-sayuran dalam pemakanan seharian
ialah:
1- Membantu Proses Menurunkan Berat Badan
Sayuran hijau mengandungi karbohidrat yang rendah tetapi ia kaya dengan serat yang menjadikan ia lambat untuk di hadamkan. Sekali gus, ia dapat membantu anda berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Bukan itu sahaja, sayuran hijau juga mengandungi kalori yang rendah
dan ia sangat sesuai untuk di jadikan sebagai salah satu menu untuk membantu
proses penurunan berat badan.
2- Mencantikkan Kulit
Ramai yang tidak mengetahui, sayur-sayuran mengandungi kandungan air yang banyak, di mana ia sekali gus dapat membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit yang sekali gus menyumbang kepada kecantikan kulit dan rambut.
Selain itu, Anti oksidan seperti vitamin C
yang terdapat di dalam sayur-sayuran juga dapat membantu tubuh untuk menghasilkan kolagen
yang juga dapat membantu dalam mencantikkan kulit dan rambut selain
mengurangkan risiko arthritis.
Baca Juga: Peria Katak- 4 Kebaikan Jika Kita Selalu Mengamalkan Peria Katak
3- Menguatkan Tulang Dan Gigi
Selain itu, ada sesetengah sayur-sayuran
seperti sayur kailan mempunyai kalsium yang tinggi. Di mana, ia dapat membantu
dalam memastikan gigi dan tulang kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat
dan kuat.
Bukan itu sahaja, dengan banyak mengamalkan sayur-sayuran juga dapat mengurangkan risiko kita menghidap osteoporosis.
Sayur yang mengandungi kalium juga mempunyai fungsi yang sama.
Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita memerlukan kalsium, vitamin D
dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan membaiki tulang.
4-Memastikan Sistem Imunisasi Badan Kuat
Selain itu, sayur-sayuran hijau seperti bayam,sebenarnya mengandungi zat beta-karotena yang mana ia berfungsi dalam membantu melindungi sel kita daripada rosak.
Dalam pada masa
yang sama ia berfungsi dalam meningkatkan fungsi imunisasi badan kita dan melindungi
mata kita daripada penyakit yang berkaitan usia. Selain itu, Ia juga menyumbang
kepada pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
5- Kaya Dengan Sumber Protein Dan Mineral
Sayur-sayuran juga sebenarnya kaya dengan sumber protein dan mineral.
Contohnya, sayur brokoli mengandungi vitamin C dan serat. Selain kebaikan
kepada jantung, bronkoli juga dapat meningkatkan tahap antioksidan di dalam
badan.
Sumber protein ini amat penting buat orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Ini kerana, sumber protein yang cukup dapat membantu dalam proses tumbesaran
kanak-kanak supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan kuat. Dalam pada masa
yang sama mereka dapat mmepunyai badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Sayur-Sayuran Amat Bagus Jika Kita Makan Dengan Kerap
Nak dapatkan kapsul peria katak?? Klik link di bawah ini sekarang:
KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI KAPSUL PERIA KATAK!!!
If you are looking to make your own 3D printed jewelry, it is a good place to browse and obtain models. If you are into printing tabletop figures, then you have to have noticed by now that they look drastically higher when printed in more than one colour. Learn to bring more life to your prints by creating duotone prints. Explore these 3D printing websites search out|to search out} one of the best 3D models to obtain for free. If would possibly be} still hesitating to share your models on Cults, be happy to learn this text Why publish high precision machining my designs on Cults?
ReplyDelete